Seorang penunggang sedang menungang kuda dan kelihatan enjoy |
Mungkin sesetengah orang berpendapat dalam menunggang kuda hanya kuda yang membuat segala kerja dan penunggang hanya mengikut apa yang kuda buat (seperti menunggang motorsikal). Dengan kata lain hanya duduk saja atas belakang kuda. Sebenarnya tidak, penunggang yang baik mestilah cergas, mempunyai kekuatan otot kaki terutamanya peha, perut dan belakang. Bahagian ini penting bagi membolehkan penunggang duduk dengan tegap di atas kuda dan mudah untuk mengawal kuda. Menunggang boleh memenatkan disebabkan tuntutan fizikal kepada penunggang, jadi semakin cergas (fit) seseorang penunggang adalah semakin baik dan dapat merasai keseronokan ketika menunggang.
Fleksibiliti amat penting bagi penunggang untuk membuat perubahan dan pertukaran kedudukan dengan cepat dan mudah. Pergerakan kuda mungkin kadang-kadang mengejutkan, jadi badan penunggang perlu fleksible untuk mengikut pergerakan kuda.
Balance lebih merujuk kepada kedudukan badan penunggang ketika menunggang. Ianya amat penting supaya penunggang berada tegap di atas kuda dan dapat mengawal kuda ketika menunggang. Jika kedudukan penunggang tidak seimbang, akan menyebabkan ia sukar mengawal kuda dan berkemungkinan boleh jatuh.
Kemesraan antara kuda dan penunggang |
Rujukan: Horse and Pony Care by Mike Janson and Juliana Kemball -William
sye bersetuju dgn ini..ingin sye share disini,
BalasPadamselama pengalaman sye, ianya memang 1 keperluan utk penunggang & kuda saling mempercayai supaya kedua-dua nya serasi. apabila kude percayai kita, maka mudah untuk kita mengawalnya & mudah utk kude mengikut rentak kita.
kemahiran & etika menunggang juga sgt penting,utk kemahiran,perlulah kuatkan stamina terutama di bhg kaki(peha, betis) & tangan. Kaki penting utk membentuk grip yg kuat supaya kita stabil & tidak jatuh, mnakala tgn utk kawalan kude. kurang nye kekuatan tgn, akn menyebabkan kude mengawal kita & akan hilang kawalan. kekuatan pinggang juga perlu terutama ketika canter.
dari segi etika, perlu ade disiplin dlm memnunggang.try relax & jgn gopoh gapah dlm menunggang kerana ia juga akan memberi kesan terhadap kuda.
Informasi yang menarik dan berguna. Tak sabar rasanya ingin hack out di AS Equestrian.
BalasPadamTahniah
baru pergi horse riding di ASEquine di Lenggeng minggu lepas. Ternyata trainer disana sangat passionate tentang kuda dan terima kasih sebab meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman tentang menunggang kuda. passionate and friendly staff...mmg best!
BalasPadam