Isnin, 13 Disember 2010

National Horse Show 2010

National Horse Show (pameran@pertunjukan kuda) baru-baru ini diadakan di Ipoh Perak pada 2-5 Disember 2010. Acara begini menjadi acara tahunan di Perak Turf Club. Selain di sini tempat-tempat lain juga menganjurkan pertunjukan begini di seluruh negara seperti Putrajaya dan Pulau Pinang.  Acara ini semakin mendapat perhatian masyarakat seiring dengan perkembangan sukan berkuda. Selain dapat menyaksikan pertandingan sukan berkuda seperti showjumping, dressage, pony club dan perlumbaan cart, terdapat juga pertunjukan lain seperti pameran kuda, demonstrasi membuat ladam kuda (horse shoes), jualan keperluan pemilik kuda dan penunggang kuda dan sebagainya.

Acara Dressage

Dressage

Kuda yang dipamerkan

Demonstrasi membuat ladam kuda


Showjumping

pengunjung yang datang



Aktiviti begini boleh menjadi satu aktiviti seluruh keluarga di mana selain menyaksikan pertandingan, anak-anak kecil boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sampingan yang disediakan seperti mewarna, melukis atau menyaksikan persembahan badut jika disediakan. Pada pameran berkenaan, ramai kanak-kanak sekolah termasuk yang datang bersama keluarga mengambil kesempatan bermesra dengan kuda-kuda yang dipamerkan. Mereka dapat berinteraksi dengan haiwan dan ini boleh menjadikan mereka prihatin dan sayang kepada haiwan.

Jumaat, 12 November 2010

Kuda-kuda AS Equestrian

Chestnut

Kuda baru yang sedang dilatih (lunging)

Ralf
Kuda-kuda yang terdapat di AS Equestrian. Ada lagi akan masuk untuk di tempatkan di sini dalam masa yang terdekat.  Semua boleh digunakan untuk menunggang di arena dan trek.
Ranger

Isnin, 1 November 2010

Jungle Tracking

Menikmati suasana desa dan kehijauan hutan ketika menunggang kuda pasti memberi satu pengalaman yang hebat.  Menunggang kuda merentasi hutan dan kawasan kampung memberi satu pengalaman baru kepada penunggang yang jarang diperolehi di tempat lain.

Dalam perjalanan ke trek berhampiran AS Equestrian Centre


Menikmati kehijauan hutan

Merasai suasana desa

Perjalanan pulang melalui jalan bertar. Kuda yang terlatih dan biasa dengan suasana jalan

Isnin, 25 Oktober 2010

Kuda Untuk latihan menunggang

Kuda direhatkan selepas latihan menunggang
Kuda-kuda di AS Equestrian Centre (ASEC) merupakan kuda yang telah dilatih untuk digunakan dalam aktiviti menunggang di arena dan paddok serta jungle tracking. Kesihatan kuda amat dititik beratkan dan dijaga dengan baik. Suasana desa yang jauh dari kota di ASEC menjanjikan pengalaman menunggang yang hebat. Anda boleh merasai suasana hutan sambil menunggang kuda di kawasan hutan berhampiran. 
Kuda di dalam kandang

Ahad, 24 Oktober 2010

Kelas Menunggang Kuda



AS Equestrian menawarkan pakej menunggang kuda untuk beginner dan juga penunggang mahir.

Horse riding class now open for registration. Package available:

1 lesson (45 minutes)   - RM50.00

4 lessons (45 min. per lesson)      -    RM160.00

8 lessons (45 min. per lesson)      -  320.00

Jungle tracking (1 1/2 hour)  -  RM75.00

Hubungi kami segera!