Rabu, 26 Januari 2011

Apakah keperluan seorang penunggang kuda yang baik?

Seorang penunggang sedang menungang kuda dan kelihatan enjoy
Untuk menjadi seorang penunggang kuda yang baik, seseorang penunggang memerlukan empat perkara utama iaitu kecergasan, fleksibiliti, kesimbangan (balance) dan attitude.


Mungkin sesetengah orang berpendapat dalam menunggang kuda hanya kuda yang membuat segala kerja dan penunggang hanya mengikut apa yang kuda buat (seperti menunggang motorsikal). Dengan kata lain hanya duduk saja atas belakang kuda. Sebenarnya tidak, penunggang yang baik mestilah cergas, mempunyai  kekuatan otot kaki terutamanya peha, perut dan belakang. Bahagian ini penting bagi membolehkan  penunggang duduk dengan tegap di atas kuda dan mudah untuk mengawal kuda. Menunggang boleh memenatkan disebabkan tuntutan fizikal kepada penunggang, jadi semakin cergas (fit) seseorang penunggang adalah semakin baik dan dapat merasai keseronokan ketika menunggang.

Fleksibiliti amat penting bagi penunggang untuk membuat perubahan dan pertukaran kedudukan dengan cepat dan mudah. Pergerakan kuda mungkin kadang-kadang mengejutkan, jadi badan penunggang perlu fleksible untuk mengikut pergerakan kuda.

Balance lebih merujuk kepada kedudukan badan penunggang ketika menunggang. Ianya amat penting supaya penunggang berada tegap di atas kuda dan dapat mengawal kuda ketika menunggang. Jika kedudukan penunggang tidak seimbang, akan menyebabkan ia sukar mengawal kuda dan berkemungkinan boleh jatuh.

Kemesraan antara kuda dan penunggang
Satu aspek yang paling penting dalam mencapai standard menunggang kuda yang baik ialah attitude.Penunggang yang baik mesti  dapat memahami dan sekurang-kurangnya menyukai kuda walaupun tidak menyayanginya. Kuda merupakan haiwan yang mempunyai kebolehan 'merasai' dan akan memberi respon terhadap perasaan takut pada penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkan kuda sendiri tertekan dan mengambil peluang berkelakuan yang tidak baik. Oleh itu penunggang perlu relax. Dalam hal ini, menunggang kuda bukan semata-mata penunggang yang mendominasi kuda tetapi ia lebih kepada perkongsian (partneship) - saling mempercayai. Kebanyakan penunggang yang baik biasanya mempunyai hubungan yang amat baik dengan kuda yang ditungganginya (bonded).

Rujukan: Horse and Pony Care by Mike Janson and Juliana Kemball -William

Ahad, 16 Januari 2011

Kemahiran menunggang kuda

video 



Menunggang kuda merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menjadi penunggang kuda yang mahir, memerlukan ketekunan dan kesabaran. Kemahiran menunggang perlu dipelajari supaya teknik menunggang adalah betul. Teknik yang betul menjadikan penunggang selesa ketika menunggang dan kuda juga selesa serta tidak menyakitkan kuda. Teknik yang salah boleh mencederakan kuda dan kuda tidak selesa serta menyebabkannya berkelakuan yang boleh mencederakan penunggang.

Menunggang kuda hendaklah dipelajari dari jurulatih yang bertauliah dan sentiasa dipraktikkan untuk menjadikan penunggang sentiasa mengamalkan teknik yang betul. Teknik menunggang yang betul adalah penting dalam sukan berkuda terutamanya apabila memasuki sesuatu pertandingan seperti dressage, show jumping dan lain-lain.