Isnin, 13 Disember 2010

National Horse Show 2010

National Horse Show (pameran@pertunjukan kuda) baru-baru ini diadakan di Ipoh Perak pada 2-5 Disember 2010. Acara begini menjadi acara tahunan di Perak Turf Club. Selain di sini tempat-tempat lain juga menganjurkan pertunjukan begini di seluruh negara seperti Putrajaya dan Pulau Pinang.  Acara ini semakin mendapat perhatian masyarakat seiring dengan perkembangan sukan berkuda. Selain dapat menyaksikan pertandingan sukan berkuda seperti showjumping, dressage, pony club dan perlumbaan cart, terdapat juga pertunjukan lain seperti pameran kuda, demonstrasi membuat ladam kuda (horse shoes), jualan keperluan pemilik kuda dan penunggang kuda dan sebagainya.

Acara Dressage

Dressage

Kuda yang dipamerkan

Demonstrasi membuat ladam kuda


Showjumping

pengunjung yang datang



Aktiviti begini boleh menjadi satu aktiviti seluruh keluarga di mana selain menyaksikan pertandingan, anak-anak kecil boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sampingan yang disediakan seperti mewarna, melukis atau menyaksikan persembahan badut jika disediakan. Pada pameran berkenaan, ramai kanak-kanak sekolah termasuk yang datang bersama keluarga mengambil kesempatan bermesra dengan kuda-kuda yang dipamerkan. Mereka dapat berinteraksi dengan haiwan dan ini boleh menjadikan mereka prihatin dan sayang kepada haiwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan