Ahad, 16 Januari 2011

Kemahiran menunggang kuda

video 



Menunggang kuda merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menjadi penunggang kuda yang mahir, memerlukan ketekunan dan kesabaran. Kemahiran menunggang perlu dipelajari supaya teknik menunggang adalah betul. Teknik yang betul menjadikan penunggang selesa ketika menunggang dan kuda juga selesa serta tidak menyakitkan kuda. Teknik yang salah boleh mencederakan kuda dan kuda tidak selesa serta menyebabkannya berkelakuan yang boleh mencederakan penunggang.

Menunggang kuda hendaklah dipelajari dari jurulatih yang bertauliah dan sentiasa dipraktikkan untuk menjadikan penunggang sentiasa mengamalkan teknik yang betul. Teknik menunggang yang betul adalah penting dalam sukan berkuda terutamanya apabila memasuki sesuatu pertandingan seperti dressage, show jumping dan lain-lain.

1 ulasan:

  1. salam perkenalan, blog yang sgt membantu kpd mereka y meminati kuda amnya dan penunggang kuda khasnya. Dicadangkan agar pemilik blog dapat menyenaraikan pakej2 (termasuk tarikh) yang disediakan beserta dengan harga pakejnya sekali bagi memudahkan pelanggan merancang bajet dan yang berkaitan dengannya. Good job and keep it up! :)

    BalasPadam