Rabu, 22 Jun 2011

Apakah umur yang sesuai untuk menunggang kuda?

Ini soalan yang selalu ditanya. Bilakah masa yang sesuai untuk mula belajar menunggang bagi kanak-kanak.  Sebenarnya seseorang kanak-kanak boleh mula menunggang kuda bila fizikalnya sudah bersedia dan mampu untuk mengawal kuda.  Biasanya kanak-kanak akan mula belajar dengan kuda yang kecil (pony) dan diikuti dengan kuda yang lebih besar bergantung kepada kemampuannya. Bagi kanak-kanak yang ingin belajar menunggang, sebaiknya mendapat nasihat daripada jurulatih@instructor yang bertauliah samada kanak-kanak berkenaan sudah boleh menunggang atau tidak.  Secara umumnya, keadaan fizikal kanak-kanak menentukan keupayaannya menunggang dari segi kaki dan badan terutamanya kaki untuk mencapai stirrup, ketika naik/turun dari kuda dan duduk di atas kuda. Dari segi kematangan kanak-kanak juga penting, dia perlu faham cara bagaimana kuda dilayan/dikendalikan dan boleh faham menerima arahan. Ada pendapat mengatakan umur yang paling sesuai ialah tujuh tahun tetapi bergantung juga kepada faktor fizikal. 

The age at which instructors will take children for riding lessons varies, depending on each individual teacher. In addition, the size and maturity of the child in question will also make a difference to the age at which they can start riding. If your child is small for their age, they will need to wait a little longer before they can start, thanks to practicalities such as mounting and dismounting the horse, and merely staying seated. Conversely, if they are tall for their age they may be able to begin sooner- www.horseridinglesson.co.uk

Tun Mahathir
 Bagaimana pula dengan umur orang dewasa? Bagi orang dewasa, tiada pernah didengari diletakkan had umur tertentu untuk seseorang itu menunggang kuda. Ianya bergantung kepada kesihatan dan kecergasan seseorang.  Sesetengah riding school mungkin meletakkan syarat age limit bagi aktiviti menunggang di tempatnya. Kita biasa melihat orang tua masih mampu menunggang dengan baik. Ada juga yang masih menyertai pertandingan seperti dressage dan eventing.  Selagi mampu teruskan aktiviti menunggang kuda kesayangan masing-masing. Bekas PM Malaysia masih boleh menunggang kuda pada usia 80-an!
Pakcik Yahya berusia 64 tahun masih boleh menunggang dengan baik (tengah canter tu)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan