Selasa, 22 Mac 2011

AS Equestrian Centre di Akhbar Utama dan berita online

Satu artikel mengenai AS Equestrian telah diterbitkan di akhbar Kosmo pada 14 Mac 2011. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm


The Star 25 Mac 2011 : http://thestar.my/metro/story.asp?file=/2011/3/25/central/8231143&sec=central

Bernama: http://web7.bernama.com/bernama/v5/newsfeatures.php?id=569625






Penunggang baru sedang menerima arahan dari Jurulatih Encik Tajudin di AS Equestrian

Jumaat, 25 Februari 2011

Berita Terkini

Tajuk: Pameran  Pelancongan Negeri Sembilan
Tarikh  : Isnin 21 Februari 2011
Masa     : 09.00am – 06.00 pm
Tempat: Tiara Beach Resort, Port Dickson
Penganjur : Perbadanan Pelancongan Negeri Sembilan (Tourism Malaysia)
Penglibatan: Semua agensi kerajaan, NGO, Swasta, Persatuan Hotel, Penguasaha Home Stay yang terlibat di dalam industry pelancongan di Negeri Sembilan.

As Equestrian telah diberi peluang  untuk membuat pameran.  Syabas dan tahniah diucapkan kepada Encik Hishamuddin bin Mustafa (Pengerah Tourism Malaysia – Negeri Sembilan) yang memberi kepercayaan bahawa sukan berkuda kelolaan As Equestrian menjadi satu produk baru dalam industry pelancongan yang akan menggalakkan penubuhan Homestay Kampung Sungai Rawa, Lenggeng.  Sambutan sungguh menggalakkan, ramai pengunjung tertarik dengan As Equestrian. Tahniah untuk semua..










 














Tajuk:  Lawatan Rombongan Tourism Malaysia (NS) ke AS Equestrian
Tarikh  : 19 Februari 2011 (Selasa)
Tempat : AS Equestrian Centre, Kg Sg Rawa, Lenggeng
Masa : 10.00 am – 06.00 pm

As Equestrian telah menerima kunjungan dari Tourism Malaysia (NS) yang diketuai sendiri oleh Pengarah dan  beberapa pegawainya. Melihat dan mendengar taklimat berkaitan sukan berkuda di kampong Sg Rawa dan penubuhan projek pembangunan kampong (homestay). Pengarah Tourism Malaysia NS sangat berminat dengan sukan berkuda dan telah mendaftar pakej pembelajaran menunggang kuda. Tahniah diucapkan kepada semua AJK Homestay Kg Sg Rawa yang telah menjayakan program lawatan tersebut.


Tajuk:  Memorandum Persefahaman As Equestrian Dengan Vaterina Negeri Sembilan.
Tarikh  : 24 Februari 2011
Tempat: Jabatan Veterina Negeri Sembilan, Pantai, Negeri Sembilan

As Equstrian telah mendapat tawaran pengendalian pusat latihan berkuda di Veterina NS (Pantai), Pengarahnya telah melawat ke As Equesttian dan mempercayai bahawa As Equestrian mempunyai kemampuan untuk membangunkan pusat latihan berkuda di Pantai.  Tahniah diucapkan kepada semua.

Rabu, 26 Januari 2011

Apakah keperluan seorang penunggang kuda yang baik?

Seorang penunggang sedang menungang kuda dan kelihatan enjoy
Untuk menjadi seorang penunggang kuda yang baik, seseorang penunggang memerlukan empat perkara utama iaitu kecergasan, fleksibiliti, kesimbangan (balance) dan attitude.


Mungkin sesetengah orang berpendapat dalam menunggang kuda hanya kuda yang membuat segala kerja dan penunggang hanya mengikut apa yang kuda buat (seperti menunggang motorsikal). Dengan kata lain hanya duduk saja atas belakang kuda. Sebenarnya tidak, penunggang yang baik mestilah cergas, mempunyai  kekuatan otot kaki terutamanya peha, perut dan belakang. Bahagian ini penting bagi membolehkan  penunggang duduk dengan tegap di atas kuda dan mudah untuk mengawal kuda. Menunggang boleh memenatkan disebabkan tuntutan fizikal kepada penunggang, jadi semakin cergas (fit) seseorang penunggang adalah semakin baik dan dapat merasai keseronokan ketika menunggang.

Fleksibiliti amat penting bagi penunggang untuk membuat perubahan dan pertukaran kedudukan dengan cepat dan mudah. Pergerakan kuda mungkin kadang-kadang mengejutkan, jadi badan penunggang perlu fleksible untuk mengikut pergerakan kuda.

Balance lebih merujuk kepada kedudukan badan penunggang ketika menunggang. Ianya amat penting supaya penunggang berada tegap di atas kuda dan dapat mengawal kuda ketika menunggang. Jika kedudukan penunggang tidak seimbang, akan menyebabkan ia sukar mengawal kuda dan berkemungkinan boleh jatuh.

Kemesraan antara kuda dan penunggang
Satu aspek yang paling penting dalam mencapai standard menunggang kuda yang baik ialah attitude.Penunggang yang baik mesti  dapat memahami dan sekurang-kurangnya menyukai kuda walaupun tidak menyayanginya. Kuda merupakan haiwan yang mempunyai kebolehan 'merasai' dan akan memberi respon terhadap perasaan takut pada penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkan kuda sendiri tertekan dan mengambil peluang berkelakuan yang tidak baik. Oleh itu penunggang perlu relax. Dalam hal ini, menunggang kuda bukan semata-mata penunggang yang mendominasi kuda tetapi ia lebih kepada perkongsian (partneship) - saling mempercayai. Kebanyakan penunggang yang baik biasanya mempunyai hubungan yang amat baik dengan kuda yang ditungganginya (bonded).

Rujukan: Horse and Pony Care by Mike Janson and Juliana Kemball -William

Ahad, 16 Januari 2011

Kemahiran menunggang kuda

 



Menunggang kuda merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. Untuk menjadi penunggang kuda yang mahir, memerlukan ketekunan dan kesabaran. Kemahiran menunggang perlu dipelajari supaya teknik menunggang adalah betul. Teknik yang betul menjadikan penunggang selesa ketika menunggang dan kuda juga selesa serta tidak menyakitkan kuda. Teknik yang salah boleh mencederakan kuda dan kuda tidak selesa serta menyebabkannya berkelakuan yang boleh mencederakan penunggang.

Menunggang kuda hendaklah dipelajari dari jurulatih yang bertauliah dan sentiasa dipraktikkan untuk menjadikan penunggang sentiasa mengamalkan teknik yang betul. Teknik menunggang yang betul adalah penting dalam sukan berkuda terutamanya apabila memasuki sesuatu pertandingan seperti dressage, show jumping dan lain-lain.

Isnin, 13 Disember 2010

National Horse Show 2010

National Horse Show (pameran@pertunjukan kuda) baru-baru ini diadakan di Ipoh Perak pada 2-5 Disember 2010. Acara begini menjadi acara tahunan di Perak Turf Club. Selain di sini tempat-tempat lain juga menganjurkan pertunjukan begini di seluruh negara seperti Putrajaya dan Pulau Pinang.  Acara ini semakin mendapat perhatian masyarakat seiring dengan perkembangan sukan berkuda. Selain dapat menyaksikan pertandingan sukan berkuda seperti showjumping, dressage, pony club dan perlumbaan cart, terdapat juga pertunjukan lain seperti pameran kuda, demonstrasi membuat ladam kuda (horse shoes), jualan keperluan pemilik kuda dan penunggang kuda dan sebagainya.

Acara Dressage

Dressage

Kuda yang dipamerkan

Demonstrasi membuat ladam kuda


Showjumping

pengunjung yang datang



Aktiviti begini boleh menjadi satu aktiviti seluruh keluarga di mana selain menyaksikan pertandingan, anak-anak kecil boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sampingan yang disediakan seperti mewarna, melukis atau menyaksikan persembahan badut jika disediakan. Pada pameran berkenaan, ramai kanak-kanak sekolah termasuk yang datang bersama keluarga mengambil kesempatan bermesra dengan kuda-kuda yang dipamerkan. Mereka dapat berinteraksi dengan haiwan dan ini boleh menjadikan mereka prihatin dan sayang kepada haiwan.